...geng mengintai...

Wednesday, June 19, 2013

Resepi Sotong Sumbat Kerabu

Assalamualaikum

Entry kali ini adalah atas permintaan my followers di instagram aku @daniel_adie dan juga rakan-rakan di FB aku yang mana aku telah memuat naik gambar masakan aku.


SOTONG SUMBAT KERABU MANGGA DAN UDANG GORENG CILI PADI DAUN KARI

Actually. there are two components yang aku sumbatkan dalam sotong ini which are Kerabu Mangga dan juga Udang Goreng. 

Untuk membuat kerabu mangga, boleh click entry yang aku telah tulis ini Resepi Kerabu Mangga. Ini merupakan resepi kerabu mangga yang sangat mudah dan terbukti sedap!! Jamin 100%..huhu.. 

Meanwhile, cara-cara untuk menyediakan Udang Goreng adalah seperti berikut..:


Bahan-bahannya adalah:
  1. Udang yang telah dibuang kulitnya (Bilangan udang bergandung kepada citarasa anda)
  2. 4 biji bawang putih yang dihiris..
  3. 2 biji lada basah yang dihiris..
  4. 4 biji cili padi yang dihiris..
  5. Daun kari.. (Kuantiti bergantung kepada citarasa anda) 
Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan kuali.. Letakkan 1 sudu camca mentega dan sedikit minyak masak.. (Minyak masak dimasukkan juga adalah untuk mengelakkan dari mentega itu hangus..)
  2. Kemudian, masukkan bahan hirirsan iaitu bawang putih, lada basah, cili padi dan juga daun kari. 
  3. Apabila bau sudah naik (elakkan dari bawang putih hangus/terlalu masak), masukkan udang yang telah dibuang kulitnya. 
  4. Letakkan sedikit garam dan kacau sehingga udang masak. 
  5. Apabila udang telah masak, angkat udangnya sahaja kerana tumisan yang tinggal itu akan kita gunakan  untuk menggoreng sotong yang telah disumbat dan juga untuk membuat sos nya. 
Apabila bahan-bahan untuk disumbatkan dalam sotong telah siap sedia, maka boleh lah mula menyumbatkannya didalam sotong. Sotong itu hendaklah dibersihkan dahulu dengan membuang kulitnya.. Udang yang telah digoreng itu hendakkan di potong kecil supaya dapat di selang-selikan dengan kerabu mangga di dalam sotong..  



Sotong itu kemudiannya perlu dipanggang didalam oven.. Sekirangnya anda ingin menggoreng sotong itu juga tidak menjadi masalah.. Tetapi, perlu diingat bahawa sotong itu perlu diletakkan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam.. Sotong tidak memerlukan masa yang lama untuk masak kerana sekiranya ianya terlalu lama dimasak, sotong akan menjadi sedikit liat untuk dikunyah.. Cara saya memasakknya adalah dengan menggoreng sotong itu diatas bahan-bahan tumisan udang goreng tadi.. Tidak perlu dikacau dan hanya membalikkan sahaja sotong-sotong itu.. Pastikan anda menggunakan api sederhana untuk mengelakkan dari tumisan anda menjadi hangus kerana kita akan menggunakan tumisan itu untuk dijadikan sosnya.. 


Apabila sudah masak sotong itu, angkat dan letak di atas pinggan. Untuk sosnya, hanya perlu tambah 2 sudu susu cair ke dalam tumisan itu.. Letakkan sedikit sahaja air untuk mengelakkan ianya menjadi terlalu pekat.. Sedikit peringatan, TIDAK perlu meletakkan lagi garam untuk sos ini.. Dan apabila segalanya sudah digaul mesra, padamkan api dan boleh dituangkan sos di atas sotong yg telah diletakkan dalam pinggan sebentar tadi.. DONE!

It is a very simple recipe and easy to cook tetapi rasanya sangat sedap! Selamat Mencuba..

Bicara DANIEL ADIE: Cooking with Love.. 

13 comments:

Izz Latif said...

sedapnyaaaa!

myraVea said...

Nyumnyum. Nampak macam sedap, tak pernah try lagi ni. Hehe


Pandai adie masak. :)

blubblub nizam said...

perhhh.....sedap nampak sotong tuuu...gebu kemainn....yummmyumm sangat la haii

Rozuan Ismail said...

amboi dapnye

Sya_Merpati Putih 88 said...

thanks sbb berkongsi resipi..
bulan Ramadhan nnt boleh cuba resipi nie.. :)

DanieL AdiE said...

@Izz Latif

- Cube dahulu la Izz...huhu,..

DanieL AdiE said...

@myraVea

- Boleh la sikit2 adik masak myra...

DanieL AdiE said...

@blubblub nizam

- Sotong fresh..tu yg gebu sikit..hehe

DanieL AdiE said...

@Rozuan Ismail

- Haaa..boleh la cube...

DanieL AdiE said...

@Sya_Merpati Putih 88

- My pleasure...selamat mencuba..

Nao Mei said...

Nampak resepi nie best lah...cik akak nak follow sini lah...

lepas nie nak try juga

gulagula getah said...

Lapar perut secara tiba-tiba :D

Muhammadnuraizuddin said...

weh.. sedap tu. nanti nak try la.. ihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...