...geng mengintai...

Thursday, February 14, 2013

Friends' Day Out 11.02.13 #gather1102

Assalamualaikum..

Pernah ingin berkolaborasi bersama rakan baikku Mr Hizami untuk menganjurkan gathering bloggers di negeri bersejarah ini tetapi hasrat terkubur begitu sahaja tatkala 'musim' gathering bloggers sudah pun berakhir.. But hey..gathering seperti ini tidak sepatutnye di 'musim' kan kerana program yang sememangnya mengeratkan ukhwah ini sangat bagus tatkala rakan maya menjadi rakan di alam nyata.. Jutaan terima kasih aku ingin ucapkan kepada Mr Qarl yang telah mempertanggungjawabkan kami bloggers Melaka untuk menjadi tuan rumah untuk gathering kali ini.. Sepantas peredaran masa, siapa sangka ini sudah masuk tahun ke 5 penganjuran majlis seumpama ini dan merupakan kali ke 4 aku mengikuti program ini.. Dan kerana itu, kami mengubah nama program ini dari 'Gathering Bloggers' kepada 'Friends' Day Out' yang mana rakan-rakan yang bukan bergelar penulis blog juga boleh mengikuti program seumpama ini..  

Selaku tuan rumah, (Adie-Hizami-Fyzal), kami dipertanggungjawabkan untuk mencari lokasi yang strategik yang mana kami semua boleh berkumpul, ada tempat untuk kami meletakkan makanan, kami boleh melakukan aktiviti dan juga cantik untuk diabadikan kenangan bersama.. Kami telah berbincang bahawa kami ingin menjadikan perjumpaan ini sesuatu yang berlainan dari kebiasaannya dan juga ianya memberikan impak serta memori yang indah buat semua yang hadir.. Berjayakah kami?? Bukan senang untuk berjaya.. Berhari-hari kami berbincang..dan sebagai tuan rumah juga, kami bersetuju untuk menyediakan permainan yang luar dari kebiasaannya.. Alhamdulillah..setelah berbincang dengan Tuan Azizi selaku Pengurus Anjung Tasik, Empangan Durian Tunggal Melaka, beliau bersetuju untuk sponsor tempat yang sememangnya sangat sesuai dengan konsep yang kami cuba ketengahkan iaitu santai.. Oh ye, disitulah juga tempat aku mencari makan sebagai motivator..huhu..

ok, enough with the introduction! Panjang sangat kan..?? I've a better idea.. What if we let the pictures do the talking..??

Seramai 21 insan dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor Baharu dan tak lupa juga tuan rumah, Melaka meluangkan masa untuk perjumpaan kali ini.. Lihatlah..jarak bukanlah halangan untuk mengeratkan ukhwah yang telah sedia terjalin.. 

Oleh kerana kami masih lagi menunggu 3 lagi rakan kami yang masih dalam perjalanan, kami memutuskan untuk memulakan permainan yang pertama.. Permainan yang pertama ini di beri nama 'Apungan'. Peserta di minta untuk mengapungkan jarum dan juga klip kertas dalam mangkuk yang berisi air.. Macam senang kan? tetapi..tahukan anda, pada pusingan pertama, hanya seorang sahaja yang berjaya mengapungkan jarum iaitu dari kumpulan merah, Tom. Tahniah!.

I believe they had fun playing this game.. Sememangnya mencabar kesabaran serta ketelitian mereka.. 

Moving on to the second game. This game is actually suggested by Mr Azizi. Nama This game is called 'Kangkangan'. Mengapa? Haaa..lihatlah gambar-gambar ini.. 


Semua mengangkang ye.. Yup2, permainan ini memang menguji daya kangkangan mereka semua.. Sangat seronok tatkala kumpulan merah sentiasa mendapat 6 which means, sentiasa ke belakang.. Ops, group merah di anggotai oleh Qarl-Nisa Kay-Aril-Tom-Adam Haiqal. Juaranye semestinya kumpulan Hijau dengan balingan yang mantap serta langkahan kangkangan yang mengagumkan yang dianggotai oleh Wan Fuyoo-Hamzani-Hafiz-Kak Leen-Khallela.. Sememangnya kaki yang panjang tidak menjamin kemenangan ye.. Malangnya, walaupon kumpulan Kuning yang telah diberikan imuniti atas kejayaan permainan pertama dengan apungan yang memberangsangkan, tetapi kalah di saat akhir.. Kumpulan Kuning yang dianggotai oleh Aslann As-Syafiq Rosli-Amir Rayyan-Ahmad Fauzi Aryaan-Rahim sememangnya tidak boleh dipandang enteng kerana mereka sememangnya bersemangat untuk menang..

Kemudian, acara yang ditunggu-tunggu tatkala semua perut sudah berkeroncong dan peluh sudah mulai membasahi mereka semua iaitu MAKAN TIME! Ops..macam takde gambar kan untuk acara makan-makan lunch ni.. Sebabnya, semuanya kelaparan.. Wan Fuyoo sememangnya menceriakan waktu lunch kami.. 

Kami berehat sebentar sahaja untuk meneruskan permainan yang seterusnya.. Permainan ke 3 ini adalah cetusan ideaku.. Erm..apa agaknya permainan itu ye.. Taadaaaa...

Game ke 3 diberi nama 'Jelmaan'.. Erm..macam takde kene mengena je kan? Initially nama game ini adalah 'Fashion Show' tetapi diubah nama menjadi 'Jelmaan' kerana kami berjaya mencungkil bakat muda yang dan kami kagum dengan jelmaan mereka..haha.. Aktiviti ini mencabar creativiti mereka dan siapa sangka, group Kuning yang ahlinya semua lelaki telah berjaya menjuarai permainan ini dengan kemenangan tipis ke atas kumpulan Hijau.. Tahniah atas persembahan model yang begitu mengagumkan.. Model-model untuk permainan ini adalah Hafiz-Rahim-Adam Haiqal.. Tabik spring pada mereka kerana sangat sporting dan takde pon nak malu-malu..huhu.. Best gile!! Jom tengok hasil kreativiti mereka..


Haaa...nampak tak sebabnya kami namakan permainan ini 'Jelmaan'?? Yup2..mereka sangat sporting.. Lain dari kebiasaanya.. Ada catwalk show lagi.. Oh mai..sangat seronok..like seriously..sampai sekarang terbayang lagi moment masing-masing catwalk dan hilai tawa rakan-rakan yang lain dengan diiringi musik yang rancak serta pengacara (Nisa Kay) yang sememangnya berbakat!!

Selesai permainan itu, kami berehat sebentar untuk menunaikan solat zuhur secara berjemaah.. Dan kami akhiri majlis kami dengan sedikit ucapan dari semua dan seterusnya acara yang dinantikan iaitu sesi tukar hadiah.. Sangat menarik! 

Hadiah aku menjadi milik Ahmad Fauzi Aryaan, manakala aku menerima hadiah daripada Aril.. Thank you so much! Jom kita tengok beberapa gambar yang sempat dirakam..

Seperti biasa, sebelum bergerak ke Coconut Shake Batu Berendam, kami bergambar lah..

Bergambar itu wajib ye.. Sepanjang masa bergambar..huhu.. Ini sesi bergambar sebelum kami bergerak ke Coconut Shake Batu Berendam.. Love it!



Jujurnya, walaupon aku orang Melaka, tetapi ini adalah kami pertama aku merasai Coconut Shake Batu Berendam.. Thank You so much kepada Mr Qarl kerana telah belanja kami semua.. Semoga anda dilimpahi rezeki..next time belanje lagi tau..huhu..  

Selepas menikmati coconut shake, kami menuju ke Masjid Batu Berendam untuk menunaikan solat asar serta maghrib.. Haaaa..sempat lagi bergambar tu.. Inilah hasilnya atas cetusan idea Wan Fuyoo..

Driver-driver pada hari itu.. Sebenarnye, ade 8 buah kereta kesemuanya, tetapi oleh kerana Qarl sibuk menjaga adiknya yang sangat comel, makanya tidak dapat bergambar bersama.. Kayo-kayo kan blogger-blogger ni..hehe.. Well, siapa kata mempunyai kerjaya tidak boleh berblogging??? 

Destinasi terakhir adalah menikmati hidangan makan malam bersama.. Tempat pilihan semestinya tempat yang kami bertiga (Adie-Hizami-Fyzal) pernah makan bersama iaitu Big Nyonya.. Yummy!! Alhamdulillah..semua orang berpuas hati dengan hidangan..




Alhamdulillah..jam 10.30pm, kami berpisah.. Overall, it was an amazing day for all 21 of us.. I believe, sebagai tuan rumah, kami (Adie-Hizami-Fyzal) telah berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik untuk rakan-rakan kami.. Syukur kerana ukhwah ini sangat indah dan mereka yang pertama kali join gathering kami pon sangat seronok.. Oh ye, nak kata Mr Wan Fuyoo dalam entry beliau, memang tiada istilah berlagak Diva/sombong/kekwat dalam gathering ini.. Semuanya sporting, enjoying ourselves and yeah, we had lots of fun..

InshaAllah, aktiviti ini akan diteruskan.. pada mereka di luar sana yang mahu join pada masa akan datang, we welcome you with our hearts.. JOM2!

Oh ye, ada beberapa blogger yang telah update pasal Friends' Day Out ini.. Kalau mahu baca,boleh click entry-entry mereka ini..

Semoga kita dipertemukan dalam gathering yang seterusnya..inshaAllah..
Bicara DANIEL ADIE: Persahabatan itu sangat indah.. Realisasikan ikatan di alam maya ke alam nyata.. 

12 comments:

ayie said...

Tahniah kepada adie dan rakan penganjur yang lain...selamat berkenalan adie :P

mr.syazwan said...

NICE ENTRY!!!!

LOVE IT!!!

setahun sekali berkumpul

beramah mesra akan menjalinkan

ikatan silaturahim tulus ikhlas

INDAH~~

dalam kegembiraan ini

ada terselit kepahitan

yg harus di telan..

harap adie tenang menerima ujiannya

apa-apa pun Terima Kasih selaku tuan rumah

keep in touch n miss u!!

SALAM FUUUYOOOO~~~~

^___^

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

nice entry.

TQ org melaka yg sambut kami. Sangat meriah dengan tempat yg best tajaan Abg Zizi

TQ kat korg too sbb akhirnya berjumpa dengan Abg Zizi yang hanya dikenali melalui adie zami fiqfikri & amir naufal.

TQ org melaka..

ZWAN SABRI said...

Tudiaahh.. org Melaka mmgkomited dalam melaksanakan sesuatu kan.. Syabas! Kalau dekat, dah lama join.. aktiviti semua nampak best n happening..

zizidiazora said...

Tahniah adie and the gang kerana berjaya menganjurkan program ini dan terima kasih la kerana memilih anjung tasik sebagai lokasi... dpt juga kenal blogger2 hot meletop kebombammm n yg penting akhirnye bersua juga dgn Ahmad Fauzi Aryaan yg selama ni dok dgr suara je hahaha... thnx buat semua..

Izzat Eshak said...

Wah bestnya =)

Izzat Eshak said...

Wah bestnya =)

[k]o{q}i[n] said...

i'm invited, tp x dpt join sbb ada event lain yg kena attend.. sorry guys.. maybe later... btw, seems like u guys enjoying it... :)

dz zain said...

wah...best!!!...next time hebah2 la...leh join...x gitu....hehhehe

Asyraf Arif said...

cool gila gathering! wish I could join you guys ! haih

Amanina said...

Bestnya dpt kumpul

KAMIHIDUP said...

Fuh. Kalaulah aku join.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...