...geng mengintai...

Wednesday, February 29, 2012

Model Lelaki Dicari..

Assalamualaikum..

Last night, I received this message..


The third time dah nie.. Kalau kat area Melaka je, nak la jugak join walaupon kene bayar RM50.. Tetapi, masalahnya perjumpaan and latihan pukul 8.00malam, di Danga Bay Johor , tapi aku  dapat message pukul 7.12malam dan aku kat Telok Mas, Melaka.. Sangat la sempat kan nak pergi sane..huhu.. Gigih la mereka ni invite aku jadi model mereka..kagum! 

Bicara DANIEL ADIE: Buat sesuatu yang mendatangkan hasil untuk masa hadapan...

Tuesday, February 28, 2012

Kagum Dengan Zwan Sabri

Assalamualaikum..

Aku tidak pernah buat entry nak review pasal blog orang lain dan ini bukanlah entry review blog ya kerana aku tidak tahu macamane nak review.. Tapi, dalam banyak-banyak blog yang aku follow, ada satu blog yang aku betol-betol kagum... Tengok tajuk je pon mesti dah tahu kan siapa gerangan blogger itu..

Ini bukan blog personal seperti blog aku.. MySuaraBlog menyajikan info-info yang sangat menarik yang pasti membuatkan orang tertarik untuk membaca.. Aku suka singgah blog Coretan pelajar degree uitm ini kerana entry-entry beliau memang menarik.. 

Aku kagum dengan penulisan beliau kerana setiap entry beliau pasti menggamit orang untuk komen.. Beliau tidak update setiap hari kerana aku sangat faham kehidupan sebagai seorang pelajar.. Memang ramai yang tinggalkan komen kat entry-entry beliau ni.. Entry-entry kat blog aku sendiri tidak menerima komen sebanyak entry-entry kat blog beliau..

Ni adalah entry latest beliau.. Sudah 52 jumlah komen yang beliau terima TANPA beliau komen kembali ya.. Sangat kagum dengan beliau.. Ini bermakna, penulisan beliau berjaya menarik minat orang membaca seterusnya meninggalkan komen.. 


Satu lagi contoh entry terbaru beliau.. Tengok la..50 orang komen ya! Hebat! Ape pon, Tahniah buat Zwan Sabri dan teruskan penulisan anda yang hebat ini kerana anda memang berbakat dalam bicang penulisan blogging ini.. Jom singgah MySuaraBlog...

Bicara DANIEL ADIE: Nak berguru dengan Zwan Sabri la....boleh tak Cikgu Zwab Sabri??

Monday, February 27, 2012

Paling Semak Sekarang

Assalamualaikum..

Frankly, bukan tiada masa nak kemas bilik tapi memang inilah yang akan terjadi kat bilik aku kalau ada hantaran yang perlu aku gubah.. Plus, aku memang tidak gemar untuk menyapu sampah dalam bilik aku.. Selalunya, adik perempuan aku yang akan tolong sapu sampah dalam bilik aku..hehe.. Tu yang aku sayang lebih adik aku tu.. 

Setelah sekian lama aku tidak menggubah hantaran, akhirnya aku telah memaksa rakan baik aku untuk memberi penghormatan kepada diri aku menggubah hantaran untuk hari bahagia beliau.. Yup2..memang aku paksa dia suruh aku gubah hantaran dia.. Kejam kan aku?? So, beliau memang tiada pilihan la kan..haha.. Bukan apa, tangan ni dah gatal sangat dah ni nak gubah hantaran.. Al-maklumla..sepupu sepapat semua dah kahwin.. 


Alhamdulillah..semua yang aku imagine dapat dicari dan dibeli.. So, tinggal nak buat sahaja.. Its going to be a very hectic week for me this week, so I'll start working on it selepas semuanya selesai.. Haaa..kalau nak tahu siapa punya hantaran yang aku bakal gubah, boleh click entry ini [ Dah Sampai Seru Dia

Bicara DANIEL ADIE: Capai impian dahulu, then baru kahwin..inshaAllah..

Friday, February 24, 2012

Mereka Seperti Kita

Assalamualaikum..

Ini adalah kisah Kebesaran ALLAH.. Sebelum kejadian ini berlaku, tidak pernah terlintas di fikiran kami bahawa mereka juga sama seperti kita, manusia.. Kejadian ini benar-benar menginsafkan kami sekeluarga.. Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui peristiwa yang mengharukan ini.. 

Last two weeks, I uploaded this picture kat Facebook aku.. Banyak respond yang aku terima..ada yang cakap comel dan ada juga yang komen kata tangan aku tough walaupon aku tahu memang tough pon..haha.. Takde maknenye..! 

Kisahnya begini, seekor dari tiga ekor anak kucing ini tiba-tiba sakit.. Kucing yang paling atas sekali tu tiba-tiba tidak sedarkan diri jumaat yang lalu (17.2).. Telinga dia keluar darah dan kami sangka kan dia dah mati.. Ayah siap dah tutup dengan surat khabar dah.. Malam itu aku keluar menghadiri jamuan makan kat rumah rakan sekerjaku.. Aku sampai je rumah, terus tengok dan alangkah terkejutnya aku, Comel masih hidup! 

Malam itu, Comel tidur dalam rumah.. Kami berjanji, seandainya Comel masih hidup esok pagi, kami akan bawa Comel ke klinik haiwan.. Allah mahu menguji kami.. Esoknya (18.2), Comel masih hidup.. Ibu, Abg dan Adik Perempuan aku pergi hantar Comel ke klinik.. Hampa tatkala Doktor tidak tahu apa penyakit Comel.. Comel di beri suntikan antibiotik dan Comel dibawa pulang.. Keadaan Comel masih sama.. Hanya bernafas dan tidak bergerak.. Ibu dan Adik bergilir-gilir beri Comel minum susu sehingga la hari Isnin di mana Abg aku sekali lagi membawa Comel ke klinik Haiwan.. Susu khas kucing dibeli kerana susu yang kami beri sangat tidak sesuai dengan Comel.. 


Percaya atau tidak. comel diberi air susu bercampur dengan sedikit madu untuk memberi tenaga kepada Comel.. Dan, Comel juga diberi minum Air Zam-Zam.. Setiap malam, ibu akan urut Comel dengan minyak Habbatul Sauda untuk menggerak kan anggota badan Comel.. 


Rutin Adik perempuan aku berubah untuk minggu ini.. Selalunya Adik aku akan balik dari kuliah petang.. Walaupon tengahari ada gap, tetapi dia tidak balik.. Sejak Comel sakit, setiap tengahari Adik aku akan balik rumah semata-mata untuk memberi Comel minum kemudian pergi kuliah semula.. Pada hemah akal kami, Comel tidak panjang umur..hanya menunggu masa sahaja.. Tetapi, Allah lebih mengetahui.. Mata comel sudah tidak boleh buka walaupon kami mencuba membersihkan mata Comel., tetapi malam rabu (22.2) yang lepas tatkala Ibu aku sedang memberi Comel minum sehingga menitiskan air mata melihat keadaan Comel yang semakin tidak memberi respond, Allah telah menunjukkan kuasaNYA.. Comel membuka mata dan telah bersuara..!! Esoknya, (23.2) Comel telah buang air besar.. Satu perkembangan yang begitu mnggembirakan kami.. Alhamdulillah...Comel sudah boleh menggerakkan kaki-kaki nya.. Dan yang paling kami gembira, pagi tadi (24.2) sebelum aku pergi kerja, aku mengusap badan Comel dan Comel telah mengeliat seperti baru bangun tidur.. Sangat Comel!!

Apa yang kami belajar adalah. haiwan juga seperti manusia.. Sama seperti manusia, haiwan juga sakit.. Haiwan juga perlukan jagaan.. Haiwan juga perlukan rawatan..

Bicara DANIEL ADIE: Kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah S.A.W..

Thursday, February 23, 2012

Program Motivasi Menuju Puncak 2012

Assalamualaikum..

Seperti yang aku janjikan dalam entry [ Jadi Motivator Lah Pulak ] entry ini aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman pertama aku memberi talk.. 

    • Program : Program Motivasi Menuju Puncak 2012
    • Tarikh : 18 Februari 2012
    • Audience: Para Pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Alor Gajah Melaka
    • Tajuk Ceramah : 'Ke Arah Menuju Puncak'

Sekalung penghargaan kepada Encik Azizi kerana memberi peluang kepada aku untuk mencuba sesuatu yang aku tidak pernah terfikir untuk lakukannya.. Untuk pengetahuan kalian, major aku adalah English tetapi minor aku adalah Counselling..So, aku mempunyai sedikit basic untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.. Apabila Encik Azizi menawarkan satu slot untuk aku, I was hesitated.. First, aku memang tiada pengalaman memberi ceramah.. Second, aku akan memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar universiti yang usianya lebih kurang je dengan aku and sudah pastinya aku akan rasa tersangat gementar. Third, Boleh ke aku lakukannya??

Tetapi, bila aku dapat je tawaran itu terus aku tahu apa yang aku nak lakukan.. Memang aku tidak yakin tetapi, aku dah dapat dah idea..nak cari lagu apa, nak cari video ape, nak kaitkan dengan siapa, nak cakap pasal apa.. Amazing kan?? Hesitated tapi bersemangat nak buat.. Aku pun bersetuju kerana aku percaya kita tidak akan mengetahui kemampuan diri kita sehinggalah kita memberi peluang kepada diri kita untuk mencuba melakukannya betol tak?? So, aku pun memberi peluang kepada diri aku.. 



Almost 3 days aku membuat persediaan untuk ceramah ini.. Aku mahu pastikan bahawa aku mencuba yang terbaik dengan mempersediakan diri aku.. Maka tibalah masa yang ditunggu.. Ya Allah..hanya Allah sahaja yang tahu betapa gemuruhnya aku sewaktu aku tiba dan menunggu untuk memberikan ceramah.. Aku memang ada darah gemuruh especially bila berdiri depan orang ramai.. Tetapi, aku yakinkan diri bahawa aku boleh lakukannya.. I've to admit it was a bit shaky at the beginning but after 10 minutes, aku dah dapat rentak nya.. Sepatutnya ceramah tu selama 90 minit sahaja tetapi, aku telah memberi ceramah selama 120 minit.. I had fun!! Seriously..seronok memberi motivasi kepada mereka sehingga aku lupa itu merupakan ceramah pertama yang aku sampaikan.. 

 
I enjoyed it myself.. Kalau nak tahu ok ke tak ceramah aku, tunggu komen dari ZIZIDIAZORA kerana dia lah Encik Azizi itu.. 

Indeed, the very first step is extremely tough but it is also extremely crucial kerana langkah yang ke 100 bermula dengan langkah yang pertama.. 

Bicara DANIEL ADIE: Kalau tiada aral, ceramah ke 2 akan berlaku minggu depan..InshaAllah..

Wednesday, February 22, 2012

Dah Sampai Seru Dia

Assalamualaikum..

Cepatnya seru mereka sampai.. Abes belajar je degree, terus khawin.. It seems like my soul-groupmate akan mengakhiri zaman bujang beliau.. Alhamdulillah..perkara baik kan..tak elok kalau nak tunggu lama-lama.. Al-maklumla..banyak dugaan especially pada pasangan yang telah mengikat tali pertunangan.. Eh..mana aku tahu nie..?? Cakap macam ada pengalaman je kan..takde maknenye!! 

Kadnya sudah sampai.. Bila kad dah sampai, maknanya wajib la hadir ke majlis beliau.. Takpe-takpe, bagi sesiapa yang tidak kenal bakal pasangan pengantin ini aku akan perkenalkan.. My dear soul-groupmate adalah Saudari Nadzrah.. Tak kenal beliau?? Meh aku perkenalkan..

Kami pernah mengajar di sekolah yang sama sewaktu praktikal tahun 2010.. Satu pengalaman yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila.. Terima kasih Cikgu Nadzrah yang banyak membantu saya sepanjang pengalaman ini.. 

The Fantastic Four

Inilah geng aku sewaktu zaman belajar dahulu.. Rindu sangat-sangat mereka.. Oh ye, kepada bakal pasangan pengantin baru Nadzrah & Syaifuddin, Selamat menempuhi alam rumah tangga ya.. Cepat-cepat berusaha ya.. Tak sabar nak jadi Uncle Adie..huhuhu..

Bicara DANIEL ADIE: Jangan tanya bila giliran aku pula kerana aku tiada jawapan untuk soalan itu..




Sunday, February 19, 2012

Jadi Motivator Lah Pulak

Assalamualaikum..

Merujuk di entry yang ini [ He Inspires Me ] ada beberapa komen dari bloggers yang meneka aku akan berjumpe dengan insan hebat ini.. Tetapi sebenarnya...


For the first time in my life, never crossed on my mind, one fine day I would stand in front of people giving a talk.. Dan yang paling penting, aku memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar.. 

Apa sebenarnya ceramah itu, siapakah mereka yang mendengar ceramah aku, ceramah ini mengenai apa, apa perasaan aku, semuanya akan terjawab pada entry akan datang.. 

Bicara DANIEL ADIE: I've taken the hardest step.. Alhamdulillah..

Thursday, February 16, 2012

Adik Sayang Abang

Assalamualaikum..

Sekadar mahu berkongsi cerita yang dikongsi oleh salah seorang staf PMM.. Ceritanya begini..



Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak di didik untuk bergantung harap dengan Allah SWT..

 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya..


Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya..
 
 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa..


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya..


Si Abang yang kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa..


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya..

 
Si Abang berkata dengan sombong..


“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”


Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna..


Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia..
 
 
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:


“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”


Masya'ALLAH…


Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik..
 
 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul..
 
Bicara DANIEL ADIE: Sangat terharu membaca kisah ini.. Renung-renungkanlah.. Apakah segala hajat kita yang Allah makbulkan itu adalah dari doa kita atau insan lain?? Tak perlu bermegah..itu semua adalah pinjaman..

Wednesday, February 15, 2012

He Inspires Me

Assalamualaikum..


I was hesitated.. I don't know whether I can do it or not.. Fortunately..I found him.. And, now I'm damn confident to rock it this Saturday.. The first step is always the hardest step right?? Indeed.. But, you will never know about it unless you give yourself a chance.. 


His name is Nick Vujicic.. Pernah kenal beliau?? You'll be amazed on what he has accomplished.. Siapakah beliau?? Tanyelah Mr Google dan Puan Youtube.. 

Bicara DANIEL ADIE: Tak Cube, Tak Tahu.. 

Tuesday, February 14, 2012

Lautan Manusia Di Cable Car Pulau Langkawi

Assalamualaikum..

Maka dengan ini, aku ingin memperkenalkan rakan-rakan lama dan baru aku semasa percutian yang amat lah seronok.. Jom kenali mereka..

Dari kiri: Hizami..Perlukah aku memperkenalkan beliau di blog ini??? Sangatlah tidak perlu kan.. Berdiri di sebelah Hizami adalah Suffian..Walaupon kami pernah belajar di kampus yang sama a.k.a UiTM Kampus Bandaraya Melaka, tetapi inilah kali pertama aku dapat betol-betol mengenali insan ini.. Seorang yang memiliki keyakinan diri yang tinggi serta communication skill yang tinggi!! Kagum dengan beliau.. Yang tengah-tengah tu serious aku tak kenal.. Sape ek mamat pakai baju merah seluar pendek putih tu?? =,= Sebelah mamat baju merah tu kami panggil Encik Zul.. Seorang yang tersangat sporting, tidak berkira, happy-go-lucky dan macam-macam lagi la.. Sekejab je anda dah boleh 'masuk' dengan beliau.. Oh ye, beliau juga seorang blogger!! Jom terjah blog beliau ini [ LELAKI BERSAYAP ] Jejaka kacak berbaju kemaja kotak-kotak tu pulak graduan jurusan science marine..  Beliau menggelarkan diri beliau sebagai Camel.. Serious kagum dengan beliau.. Sangat particular orangnya..

Frankly, I was a bit hesitated to join them for this vacation.. Ye la, dalam ramai-ramai tu aku kenal Hizami seorang je.. But, I managed to convince myself to give a chance to be out of my comfort zone.. And Alhamdulillah..everything went smoothly.. 

Oh ye, bercerita pasal cable car tu... Ya Allah..punye lah ramai manusia.. Lautan manusia.. Tersangat ramai.. Jom tengok sendiri ya..



Tapi sesungguhnya penantian selama 2 jam untuk menaiki cable car dalam keadaan yang sangat lapar berbaloi saat kami melangkah masok ke gondola cable car tu.. Segala penat menunggu, kelaparan perut serta kehausan tekak hilang.. Terasa satu kepuasan yang sukar digambarkan.. One of the best moments I might say.. 

Oh ye, kalau nak baca entry percutian aku di Pulau Langkawi, boleh click kat entry ini [ Island Hopping Di Pulau Langkawi ] Nak cuci mata tengok gambar-gambar menarik boleh click kat entry-entry di bawah ini..
  1. Candid Di Langkawi
  2. Photoshoot Putih Di Pantai Cenang Pulau Langkawi
  3. Aksi Agak Luar Biasa
  4. Photoshoot Di Puncak Gunung
Bicara DANIEL ADIE: We are not always gonna be in our comfort zone..

Monday, February 13, 2012

Photoshoot Di Puncak Gunung

Assalamualaikum..

Banyak cerita yang mahu dikongsi.. Akan tetapi dek kekangan masa, entry gambar-gambar sahaja lah dahulu yang aku update.. Walaupon cerita yang agak basi dan dapat rasakan yang jumlah pembaca untuk entry itu akan sedikit, so update gambar sahaja la dulu.. Pendek cerita, pengalaman bercuti dengan kawan baik aku serta tiga orang kawan baru sememangnya sangatlah menyeronokkan.. 

Entry kali ni, aku nak berkongsi gambar-gambar solo a.k.a gambar aku sendirian di atas puncak gunung di mana destinasi tertinggi cable car itu membawa kami.. 





Agak hensem kan mamat kat dalam gambar-gambar tu?? Anak sapa la tu..huhu..  Anak Ayah dan Ibu aku la.

Oh ye, kalau nak tengok gambar-gambar solo aku di Pantai Cenang Pulau Langkawi, boleh click entry ini.. [ Photoshoot Putih Di Pantai Cenang Pulau Langkawi ] dan juga entry yang agak 'wild' ini  [ Aksi Agak Luar Biasa ]

Bicara DANIEL ADIE: Selamat men'skodeng' gambar-gambar aku..hehe..

Sunday, February 12, 2012

Pandangan DANIEL ADIE Mengenai Filem MAN ON A LEDGE

Assalamualaikum..


I've forgotten when was the last time I went out to watch movie.. But last night, I had a chance to watch this amazing movie.. Its been quite some times aku tak tulis entry pandangan aku tentang filem yang aku tonton kat pawagan.. So, aku macam dah lupe macamane nak tulis..haha..

There are four reasons why you should hit the cinema and watch this movie..
  1. The story line yang sangat berbeza dengan filem-filem yang lain.. Trust me, this is an unpredictable movie as you guys pasti akan tertanya-tanya what's gonna happen lepas satu scene ke satu scene.. 
  2. Ini bukan filem aksi tetapi aksi-aksi yang dipaparkan sangatlah membuatkan jantung rasa nak tercabut..
  3. Unfamiliar faces tetapi lakonan yang meyakinkan oleh para pelakon.. Thumbs up! 
  4. The Truth! Haaaa..ape yang kebenarannya?? Kene tengok sendiri lah...
Seriously aku cakap cerita nie memang best! Boleh layan trailer dia...
 
 
Banyak nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dalam filem ini.. Yang paling penting, nilai tidak pernah berputus asa walau pada fikiran ianya sangat mustahil untuk menegakkan benang yang basah.. Well, what I can say is even if the odds are against you, never give up! Aku tabik spring dengan nilai kekeluargaan yang diterapkan dalam filem ini.. Sangat best!!
 
Dengan bangganya aku beri 4 bintang untuk filem ini.. Confirm aku akan suruh my big brother download filem ini..!
 
Bicara DANIEL ADIE: Family First!

Saturday, February 11, 2012

Program Selangkah Ke Universiti

Assalamualaikum..

Atas undangan sahabat baik aku, Hizami, maka aku dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada kepada pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin, Masjid Tanah Melaka. Actually, fasilitator yang dijemput merupakan bekas pelajar tingkatan 6 sekolah itu tetapi, aku dan Sufian agak istimewa sedikit sebab kami bukan bekas pelajar sekolah itu dan kami dari golongan yang sudah bekerja..huhu.. 

Gambar ketika diskusi itu berlangsung tiada pulak.. So, ini la gambar-gambar yang sempat di rakam selepas diskusi itu berlangsung.. 

Gambar ini memang candid.. Thanx to Sufian.. Walaupon sesi diskusi sudah tamat, tetapi mereka masih bertanya dan meminta pandangan.. 

Bersama para fasilitator yang lain.. The guy in white shirt itu la Sufian.. Bekas pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang sekarang sudah berjaya bergelar seorang usahawan.. Well, usaha beliau membuahkan hasil.. Tahniah!

Mulut yang penat, tekak dan haus, perut dah lapar..


Overall what I can say is that there is no free ride.. Work hard now, then you can relax later.. If you relax now, later you need to work hard.. Sangat seronok dapat menyertai program seperti ini kerana dapat berkongsi kerana sesungguhnya, tidak muflis ilmu dan pengalaman yang ada apabila kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan..

Bicara DANIEL ADIE: Sudah dirisik untuk memberi talk..alhamdulillah..  

Thursday, February 9, 2012

Aksi Agak Luar Biasa

Assalamualaikum..

Friendly reminder.. Gambar-gambar yang bakal dipertontonkan ini agak sedikit luar biasa.. So, kindly put your seat belt on.. Those pictures are going to take your breath away..cewah..takde maknenye pon..haha


Mula-mula kene la buat warm-up dulu.. Maklumlah..aksi ini agak sukar untuk dilakukan..huhu..

So, aksi yang pertama....


Agak simple je kan??

So, aksi yang ke 2..........

Haaaa....anda mampu lakukannya???

I just love those pictures.. Bukan apa, taknak lah kalian tengok gambar-gambar yang sama je..takot kalian bosan je asyik-asyik gambar yang same je yang diupload kat blog.. Jadi, aku upload la gambar yang sedikit extreme ini..

Oh ye, kalau kalian nak tengok photoshoot putih yang agak skema sikit, boleh la tengok kat entry ini Photoshoot Putih Di Pantai Cenang Pulau Langkawi ..

Bicara DANIEL ADIE: Banyak lagi gambar untuk dikongsi..huhu..

Wednesday, February 8, 2012

WW # 34 : Segak Berbaju Melayu

Assalamualaikum..


Boleh Click kat banner ni untuk melihat keputusan penuh..


Bicara DANIEL ADIE: First time menang hadiah pertama anjuran blogger..alhamdulillah..

Tuesday, February 7, 2012

Mural Kereta

Assalamualaikum..

1stly.. Ini bukan kereta aku.. Kereta aku tiada 'mural' macam nie.. 

Salah siapa?? Adakah salah tuan empunya kereta yang park kereta merata-rata atau salah orang yang tidak puas hati dengan tuan empunya kereta seterusnya meng-express-kan ketidakpuas hatinya dengan menitipkan tulisan yang sebegitu di kereta itu??

In my opinion, tuan empunya kereta dan juga insan yang tidak puas hati itu salah.. Dua-dua salah.. Salah tuan empunya kereta kerana sesuka hati je park kereta merata-rata seterusnya menyusahkan pemandu lain.. Salah orang yang menconteng 'mural' kat kereta ini kerana secara langsungnya telah menyusahkan tuan empunya kereta apabila tuan empunya kereta terpaksa membersihkan semua tulisan itu.. How? Kene cat balik la kan kereta tu and let me tell you this.. It costs a lot!

The moral of the story is...CONSIDERATION.. Both the owner of the car and the person who responsible in making the mural on the car were not considerated.. Bertimbang rasa la sikit bro.. Don't be selfish..! Sikap mementingkan diri sendiri ini sememangnya menyusahkan orang lain.. Tak boleh la nak fikir senang je tanpa memikirkan orang lain.. Ultimately, we are not alone in this world.. That is the reason why we need to considerate with other people no matter what we do.. Renung-renungkan dan selamat beramal..huhu

Bicara DANIEL ADIE: Jadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran bersama..

Monday, February 6, 2012

Adikku Turut Jadi Mangsa

Assalamualaikum..

Thanx to Yaya Zulkeflei yang memberi maklumat ini.. I was so surprised because bukan sahaja aku yang menjadi mangsa fake FB account yang mana aku tak tahu dah berapa banyak fake FB account yang guna gambar aku.. Malah, sekarang ni my lil sister sekarang menjadi mangsa gejala orang yang tiada muka ni!! 

 


Boleh click kat link itu untuk ke profile FB dia..  What a shamed!! Nak tahu apa yang lebih memalukan..? Banyak gile gambar adik aku dalam album dia.. Tak caya?? Meh tengok sendiri..



Dan tu, boleh pulak ada relationship sibling ngan fake profile ni..

 


Ingin dijelaskan di sini bahawasanya, adik perempuan aku ni TIADA ACCOUNT FB!! Can U imagine faker sibling dengan faker?? Aku rasa mesti angkara orang yang sama nie.. Dan yang paling penting dalam account FB Aizat Syg Muna (Muhammad Hamdi) ni, ada lebih dari 500 gambar aku yang diupload dalam album-album dia.. Wah... serious aku sangat kagum dengan owner account FB fake ni yang gigih mencuri gambar-gambar aku..



Boleh tak kalian tolong aku?? Tolong report both fake FB account nie.. Kesian adik aku ni.. Tak pasal-pasal menjadi mangsa gejala tidak sehat dan memalukan ini... Thanx..

Bicara DANIEL ADIE: Fakers memang tiada identiti! Kesian...




Sunday, February 5, 2012

Candid Di Langkawi

Assalamualaikum..

First and foremost, a simple message to Hizami.. 'Diam-diam je ok..hahaha..' 

Salam Maulidur Rasul kepada semua.. A very wonderful Sunday.. Entry kali ini sangat mudah.. Just nak share ngan kalian satu gambar candid yang aku suka sewaktu percutian aku di Langkawi.. 


Kepenatan, Kehausan, dan juga Kesakitan.. Maka terhasilnya gambar ini.. Kepenatan akibat terlalu lama menunggu.. Kehausan apabila dalam menunggu itu, tiada minuman dan makanan yang disajikan.. Kesakitan apabila tidak memakai stoking dan berjalan agak jauh.. 

Bicara DANIEL ADIE: I'm addcited to it.. 

Saturday, February 4, 2012

Island Hopping Di Langkawi

Assalamualaikum..

It was 2 weeks ago.. Dek kesibukan yang agak melampau *kononnya maka entry ini tersangkut di tengah jalan.. Actually, I've forgotten the things that I wanted to write in this entry.. Like seriously, I've a short term memory.. But one thing for sure, it was awesome!! Super duper awesome!! The first activity that my friends and I did in Langkawi was Island Hopping..


RM10 only.. Murah kan? Super excited masa mula-mula nak start activity ni.. It was my very first experience.. To be honest, masa kecil-kecil dulu aku ni ada sindrom mabuk laut.. Tapi, alhamdulillah dah besar panjang nie dah tak mabuk laut lagi.. So, I enjoyed it very much..



Inilah dia Tasik Dayang Bunting.. Tatkala ramai yang pergi mengambil kesempatan untuk bermandi-manda kat situ, kami hanya 'mandikan' kaki kami sahaja.. Just enjoying the beautiful scenery.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan ALLAH...  

Ni memang tak boleh nak dielak.. Walau ke mana pon pergi, bende ni mesti dibuat.. Amacam?? Ada yang berkenan kat jejaka dalam gambar-gambar di atas?? hahaha


Lepas aktiviti Island Hopping, bercadang untuk naik cable car.. Unfortunately, hasrat tidak tercapai.. Cuaca panas, hati pon panas, so kene ubat la dengan makan ice-cream..huhu..

Oh ye, cerita akan bersambung lagi pada entry akan datang ya.. Tungguuuuuu...

Bicara DANIEL ADIE: Sangat suka pulau... Sangat tenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...