Seperti yang aku janjikan dalam entry [ Jadi Motivator Lah Pulak ] entry ini aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman pertama aku memberi talk..
- Program : Program Motivasi Menuju Puncak 2012
- Tarikh : 18 Februari 2012
- Audience: Para Pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Alor Gajah Melaka
- Tajuk Ceramah : 'Ke Arah Menuju Puncak'
Sekalung penghargaan kepada Encik Azizi kerana memberi peluang kepada aku untuk mencuba sesuatu yang aku tidak pernah terfikir untuk lakukannya.. Untuk pengetahuan kalian, major aku adalah English tetapi minor aku adalah Counselling..So, aku mempunyai sedikit basic untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.. Apabila Encik Azizi menawarkan satu slot untuk aku, I was hesitated.. First, aku memang tiada pengalaman memberi ceramah.. Second, aku akan memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar universiti yang usianya lebih kurang je dengan aku and sudah pastinya aku akan rasa tersangat gementar. Third, Boleh ke aku lakukannya??
Tetapi, bila aku dapat je tawaran itu terus aku tahu apa yang aku nak lakukan.. Memang aku tidak yakin tetapi, aku dah dapat dah idea..nak cari lagu apa, nak cari video ape, nak kaitkan dengan siapa, nak cakap pasal apa.. Amazing kan?? Hesitated tapi bersemangat nak buat.. Aku pun bersetuju kerana aku percaya kita tidak akan mengetahui kemampuan diri kita sehinggalah kita memberi peluang kepada diri kita untuk mencuba melakukannya betol tak?? So, aku pun memberi peluang kepada diri aku..
Almost 3 days aku membuat persediaan untuk ceramah ini.. Aku mahu pastikan bahawa aku mencuba yang terbaik dengan mempersediakan diri aku.. Maka tibalah masa yang ditunggu.. Ya Allah..hanya Allah sahaja yang tahu betapa gemuruhnya aku sewaktu aku tiba dan menunggu untuk memberikan ceramah.. Aku memang ada darah gemuruh especially bila berdiri depan orang ramai.. Tetapi, aku yakinkan diri bahawa aku boleh lakukannya.. I've to admit it was a bit shaky at the beginning but after 10 minutes, aku dah dapat rentak nya.. Sepatutnya ceramah tu selama 90 minit sahaja tetapi, aku telah memberi ceramah selama 120 minit.. I had fun!! Seriously..seronok memberi motivasi kepada mereka sehingga aku lupa itu merupakan ceramah pertama yang aku sampaikan..
I enjoyed it myself.. Kalau nak tahu ok ke tak ceramah aku, tunggu komen dari ZIZIDIAZORA kerana dia lah Encik Azizi itu..
Indeed, the very first step is extremely tough but it is also extremely crucial kerana langkah yang ke 100 bermula dengan langkah yang pertama..
Bicara DANIEL ADIE: Kalau tiada aral, ceramah ke 2 akan berlaku minggu depan..InshaAllah..



17 comments:
mcm lagu AF plak..
menuju puncak:p
wow!! sungguh talented ini olang maa... keep it up Adie!! gud luck ye
tahniah adie
Lepas ni boleh la ikut encek zizidiazora pegi mana2 kem motivasi.. HEHE.. erm, xdak video ke yang dirakam? tringin nk tengok adie bg ceramah dlm video.. HEHE
adie,
ni ceramah ke fesyen show..
stylo giler haha
fakulti saya!
i dunno how it went. but it's a job well done!
Terbaik adie. Jadik sorang motivator adie akan mengubah dunia satu hari nanti. Tabik same kamu :) Keep it up.
Tahniah adie kerana berjaya memulakan langkah pertama itu.
Walaupun langkah pertama memang agak sumbang sedikit namun ia tidak menghalang dari menyampaikan maksud sebenar langkahan tersebut. Untuk pengetahuan adie hasil rumusan
borang soal selidik dari peserta mendapati ceramah adie mendapat 78% sokongan dari peserta. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif hasil dari tuaian yang pertama.
Ada sedikit tips yg perlu dikongsi bagi mempastikan ceramah kita itu berkesan iaitu:-
1. Penceramah perlu ada pergerakan di hadapan audien. Jangan berdiri secara statik atau berat sebelah.
2. Pointkan kpd audien yg nampaknya sudah tidak memberi perhatian.
3. Masukkan sedikit unsur humor untuk memikat audien.
4. Tanam dalam diri yang aku lebih tahu dari mereka bagi menanam keyakinan diri dan elak rasa gemuruh.
5. Wujudkan two way comunnication dgn audien.
6. Kawal audien agar sama2 mengembara dgn ceramah kita.
Dari segi isi ceramah adie, rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana boleh dianggap 100% tip top. Isi kandunganya mudah dan senang audien faham. Nampaknya adie pandai
mengawal isi ceramah sehingga tidak terkeluar dari tajuk. So tahniah sekali lagi dan insyaallah mungkin satu hari kita boleh berkelobrasi lagi.
waahh...bagi ceramah dah..terbaik!! =D btw gd luck untuk ceramah yang ke-2 =D
woot woot!!!
tahniah cikgu hamdi!!
grab all the opportunities that come without hesitation!!!
go for it! hehe
mantap bro..tgk komen ziziadora tu pun dah nampak kemantapan walaupun first time.:)
good job bro :D
Tahniahhhh :D Nantii zac pun nak jadi gini gini gakkk loo :P
1stly, congrates Adie...u did great..bc komen abg Ziziadora tu pon mcm Adie da sgt PASS....
HEBAKKKKK!!!!!!!!!!!!!!
tahniah bro ! mmg rasa lain nak ceramah dekat orang yang umur dekat2 sama ni haha . apa apa pun best of luck for the second .
wowww...muda2 dh jadi motivator...gud job!!!
bila nak buat seminar kat itm puncak alam pulak>>hehe
Post a Comment