Sekadar mahu berkongsi cerita yang dikongsi oleh salah seorang staf PMM.. Ceritanya begini..
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak di didik untuk bergantung harap dengan Allah SWT..
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya..
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa..
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya..
Si Abang yang kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa..
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya..
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna..
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia..
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:
“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
Masya'ALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik..
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul..
Bicara DANIEL ADIE: Sangat terharu membaca kisah ini.. Renung-renungkanlah.. Apakah segala hajat kita yang Allah makbulkan itu adalah dari doa kita atau insan lain?? Tak perlu bermegah..itu semua adalah pinjaman..




25 comments:
sangat tersentuh membaca kisah tu. terasa betapa kerdilnya hidup kita di sisi allah. andainya kita tidak bersyukur terhadap nikmat allah yg telah diberikan kepada kita selama ini sudah pasti suatu hari allah akan menarik semuanya itu tanpa rasa belas kerana jauhnya kita di sisiNya.
kadang-kadang kita x sedar siapa diri kita...
wahhh berkaca membaca...huhu... subhanaAllah... kene istigfar byk2 ni...sama2 lah kita muhasabah diri..
a great story. thanks sebab kongsi. :D
sedeynyer..terharu sgt3..
mmg sedih kan? rupnya bukan doa die yg Allah kabulkan, tapi doa adik dia. ade satu drama kat TV cerita die sebijik mcm ni. lakonan zamarul hisham dgn bell ngasri
sedih :(
mulianya adik dia.. :)
Such a nice story.. :')
pernah baca artikel
sebak.. adik yg sygkan abgnya...
lihat kuasa Allah akhr doa adknya dmakbulkan Allah.. Subhanaallah..
Alhamdulillah...:')
pernah baca artikel
sebak.. adik yg sygkan abgnya...
lihat kuasa Allah akhr doa adknya dmakbulkan Allah.. Subhanaallah..
Alhamdulillah...:')
pernah baca artikel
sebak.. adik yg sygkan abgnya...
lihat kuasa Allah akhr doa adknya dmakbulkan Allah.. Subhanaallah..
Alhamdulillah...:')
pernah baca artikel
sebak.. adik yg sygkan abgnya...
lihat kuasa Allah akhr doa adknya dmakbulkan Allah.. Subhanaallah..
Alhamdulillah...:')
pernah baca artikel
sebak.. adik yg sygkan abgnya...
lihat kuasa Allah akhr doa adknya dmakbulkan Allah.. Subhanaallah..
Alhamdulillah...:')
curious ape yg ayah dye tulis tok adek dye dari mula .
last , sdeynye :(
baeknya adik dia
rahsia di sebaliknya.. manusia seringkali terlupa,
OMG! Memang menyentuh hati betul cerita ni. Untung dapat adik yg sayangkan abang dia sampai macam tu sekali. T_T
oh sungguh terharu ..
;')
si abang kaya terus lupa diri. si adik tetap sama dan doakan kebahagiaan abang dia.
jangan sombong dengan anugerah ALLAH. .sgt mnyntuh hati
sangat tersentuh..kadang2 kita xsedar diri bila berada di atas..
pergh.. nice story.. bole bust iklan nie..
cerita ni sama dgn ada satu drama kat tv3 dulu , si abang is Zamarul Hisham while si adik is Ngasrizal Ngasri ..tersentuh sgt tengok drama tu .
subhanallah sggh mulia pekerti si adik ...
Post a Comment