...geng mengintai...

Thursday, May 31, 2012

Buang..! Jangan Guna..!

Assalamualaikum..

Dari kecil kita telah diajar supaya menunaikan rukun Islam yang ke 2 iaitu Menunaikan Solat lima waktu sehari semalam.. Solat adalah waktu untuk kita berinteraksi dengan Allah.. Kita juga diajar, sejurus menunaikan solat, kita wajib berdoa.. Orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong di mata Allah.. Ini kerana, sesungguhnya kita adalah makhluk yang tidak punya apa-apa.. Segalanya yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata.. Having said that, kita diwajibkan berdoa untuk memohon sesuatu dari Sang Pencipta.. 

Sebenarnya, tidak semestinya kita berdoa hanya ketika selepas menunaikan solat.. Hakikatnya, sedar atau tidak, tiap kata yang keluar dari mulut kita adalah doa.. Cuba kita muhasabah diri kita.. Kita renungkan dengan hati dan akal serta iman kita apa yang kita miliki sekarang adalah apa yang sedang berlaku pada diri kita.. Believe it or not, semuanya terjadi atas permintaan kita sebenarnya.. Semuanya berlaku berdasarkan kata-kata yang kita lafazkan.. Pernahkah kita berasa pelik kerana apa yang kita berdoa selepas solat tidak atau belum dimakbulkan oleh Allah tetapi apa yang kita ucapkan dalam percakapan seharian kita pula yang berlaku..?? Ini kerana, kekerapan kita mengungkapkan sesuatu yang kita tidak mahu itu lebih kerap dari kita berdoa inginkan sesuatu.. Dan hasilnya, kita dapat apa yang kita tidak inginkan.. Terbukti, kata-kata adalah doa.. 

Satu lagi yang aku rasa aku sendiri serta kalian yang membaca perlu ubah.. Kalau boleh, buang terus perkataan ini adalah hidup kita kerana terbukti perkataan itu tidak memberi ape-ape manfaat kepada kita.. Perkataan ape ya..?? Perkataannya adalah 'NANTILAH'..  Sedar atau tidak, perkataan 'NANTILAH' ini adalah perkataan yang menyekat kita dari melakukan 'sesuatu' yang kita sepatutnya lakukan dan 'sesuatu' itu perlu kita lakukan dan terbukti 'sesuatu' itu penting untuk dilakukan.. Tetapi, dek kerana kita lebih menuruti kata hati untuk percaya dan mengaplikasikan perkataan 'NANTILAH' ini, jadi kita tidak lakukannya walaupon kita sedar kita perlu lakukannya.. Kadang-kadang kita masih ingin menggunakan perkataan 'NANTILAH' ini walaupon pada hakikatnya kita dah lihat ramai orang berjaya melakukan perkara itu.. Hairan..ape lagi yang hendak ditunggu..?? Kenapa tidak terus melakukannya..?? 

Sebenarnya, kita adalah penghalang terbesar dalam hidup kita untuk melakukan sesuatu.. Kita yang bertanggungjawab dalam kegagalan kita melakukan sesuatu.. Tetapi, kita tetap menuding jari ke arah yang lain walaupon hakikat sebenarnya kita tahu itu adalah salah kita.. Peluang tidak datang sekali.. Apabila Allah sudah tunjukkan peluang, kita tidak ambil peluang itu.. Dan apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita idamkan, mulalah kita salahkan orang lain termasuklah Sang Pencipta.. Mungkin ada yang tidak setuju, tetapi itu adalah hakikatnya.. If you said NO, then you are in denial! 

So, aku ingin menyarankan diri sendiri serta rakan-rakan yang membaca, ayuh kita sama-sama BUANG DAN JANGAN GUNA perkataan 'NANTILAH'! Tak memberi manfaat pon perkataan itu.. Lebih-lebih lagi kalau peluang sudah terbentang luas di depan mata...

Bicara DANIEL ADIE: Tak salah berubah ke arah kebaikan.. Untuk diri sendiri jugak kan...

 

Wednesday, May 30, 2012

Boleh Berangan..TETAPI

Assalamualaikum..

I wanna make a clear clarification here.. Merujuk kepada status aku di FB baru-baru ini.. Erk..yang mane satu ya.. Yang ini..


Aku ingin memohon maaf kerana telah mencetuskan kontroversi *LAH SANGAT sehingga ramai yang percaya bahawa aku bercuti di Korea.. Sebenarnya, aku sedang mengumpul duit untuk bercuti ke sana.. Ianya boleh dikira sebagai angan-angan aku lah..

Oh ye, bercakap pasal angan-angan ni kan.. Sejak dari kecil kite telah di momokkan dengan ungkapan ini 'Angan-angan Mat Jenin'.. Nak memperkukuhkan ungkapan itu, boleh pulak ada cerita pasal Mat Jenin.. Oleh sebab angan-angan dia lah, beliau kehilangan nyawa dia.. Betol kan?? Tetapi, cuba kita lihat dari sudut yang selain dari sudut yang orang-orang lain lihat cerita ini.. Salah si Mat Jenin ni jugak lah kan..yang dia pergi berangan-angan sewaktu dia berada atas pokok ape pasal??!! Tak ke bodoh namenye tu.. Sendiri punye salah..

Sebenarnya, kita perlu untuk berangan-angan.. Mengapa kita perlu berangan-angan? Jawapannya senang sahaja.. Kerana dari angan-anganlah datangnya impian.. Hidup kalau tiada impian, ibarat hidup yang tiada hala tuju.. Dari impian maka datanglah usaha.. Kalau kita tidak berusaha, macamane angan-angan kita itu mahu menjadi kenyataan.. Angan-angan membuatkan kita bermotivasi untuk bekerja keras.. Angan-angan membuatkan kita tidak kenal erti putus asa sehingga angan-angan kita itu menjadi kenyataan.. Sedar atau tidak, apabila berangan-angan, badan kita sebenarnya mengalirkan cas-cas positive dalam badan kita.. Apabila cas-cas positive itu mengalir dalam badan kita, cas-cas itu akan mengalir ke sekitar kita.. Sama juga seandainya kita fikir atau berkata-kata negative.. Nampak seperti tidak logik kan perkara ini..tetapi percayalah..it happens.. 

Bende ni sebenarnya sangat menarik untuk dibincangkan.. InshaAllah..ada masa, aku akan explain dengan lebih lanjut..tetapi, bukan dalam entry lah.. Jumpe personal baru best! Aku pon excited lah nak cerita pasal bende ni.. Deal ok??

 Yang pasti, sooner or later aku akan sampai ke KOREA!! InshaAllah..amin..

Bicara DANIEL ADIE: Excited!!

Tuesday, May 29, 2012

Anak Dara Zaman Sekarang

Assalamualaikum..

Lain macam yang sekor ni.. Puas dah cakap..puas dah nasihat..tapi tak nak dengar langsung.. Yang tau dia buat adalah TIDO je.. Bukannya kecil lagi tau..dah pangkat anak dara dah.. Tapi, tak macam anak dara langsung..! Sakit hati betol tengok..


Tengok lah tu..demand! Nak tidur kat atas lengan yang TUF tu.. Mengada-ngada..manje yang teramat.. Yang sekor ni punya lah kuat tidur.. Semua tempat dia nak tidur.. 


Tengoklah tu..semua tempat dia tidur..sesuke hati dia je kan.. Hati banyak senang! Makan semua di jaga.. Yang paling dia seronok, apabila ruang tamu dipasang air-cond, peh! Boleh tidur sampai empat jam je.. 

Oklah..tu je cite nak share untuk entry kali ni.. Adios Amigos!

Bicara DANIEL ADIE: Nama dia KEIDOT!

Sunday, May 27, 2012

Hantaran Nikah Konsep Arabic

Assalamualaikum..

Merujuk kepada entry sebelum ini, alhamdulillah aku mendapat kepercayaan oleh rakan sekerja aku untuk membuat hantaran perkahwinan adik perempuan beliau.. Thanx so much kak Nadiha atas kepercayaan itu.. Oh ye, beliau inginkan hantaran itu berkonsepkan ala-ala Arabic.. Hasil kajian aku tentang konsepnya, arabic ni suke ade manik-manik.. Memandangkan Kak Nadiha ini telah membeli bekas-bekas hantaran, so macam agak terbatas sedikitlah nak memenuhi konsep Arabic tu.. So, hasilnya adalah seperti dalam gambar di bawah..




Alhamdulillah.. Kak Nadiha gembira dengan hasilnya.. Actually, aku buat ikut mata aku je.. Yang mana mata aku nampak cantik, itulah yang aku buat..

Bicara DANIEL ADIE: Ada kawan aku bertunang hari ini.. Tahniah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...